Hanya di Sabah, rim lekuk bukti jalan atas bulan

119
Pempengaruh, Boss James sering membuat konten reviu kenderaan peminatnya. Kali ini, usahawan pusat jualan Yamaha itu reviu sebuah Nissan Sunny 130Y milik pemuda Sabah. 
 
Pada video berkenaan, selain mengulas tentang spesifikasi dan naiktaraf yang dilakukan, Boss James menyatakan keadaan jalan di Sabah seperti permukaan bulan selepas melihat defek pada rim sukan kereta tersebut. 
 
 
“Sport rim 16-inci, rim lekuk bukti jalan atas bulan,” katanya. 
 
Di samping itu, pemilik sedan klasik itu turut menyatakan pernah mencapai 180kmj.
 
“Jalan dekat Sabah boleh bawa laju macam ni meyh,” guraunya. 
 
Rata-rata netizen terhibur dengan konten berkenaan dan mengakui keadaan jalan yang teruk di negeri di Bawah Bayu itu.
 
Masalah jalan di Sabah bukanlah isu baharu yang mana penduduk sudah lali dengan keadaan sedemikian.
 
Situasi jalan raya yang berlubang seperti kolam bukan saja memalukan Sabah di mata pelancong tetapi turut menyusahkan pemandu yang menggunakan laluan tersebut.
 
Bahkan, ketika Kembara Kenali Borneo tahun lalu rakyat mengambil peluang tersebut menyalurkan aduan berkaitan jalan rosak. Pada masa itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menulis sendiri aduan tersebut.
 
Malah, Jalan Gum-Gum Batu 16 kembali rosak selepas lawatan Kembara Kenali Bornei berkenaan. 
 
Jalan di Sabah terkenal dengan jolokan jalan di bulan susulan jalan berlubang yang kerap tular di media sosial. Nampaknya, rim bengkok sudah jadi satu ‘trademark’ di Sabah.
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here