Utama Berita Automotif Mahu lepaskan diri, alasan nak jual BMW ‘makan diri’

Mahu lepaskan diri, alasan nak jual BMW ‘makan diri’

11

Niat ingin menjual sebuah BMW kepada ejen kenderaan tidak kesampaian apabila disita dalam ‘Ops Kenderaan Luxury’ dan Ops Bersepadu JPJ–PDRM di KM8 Jalan Lencongan Timur–Jalan Badlishah, Sungai Petani, Kedah pada Rabu. 

Meskipun pemandu bertindak memberikan alasan kononnya kenderaan mewah itu sedang dalam perjalanan untuk dijual kepada pihak ketiga, helah terbabit gagal meloloskan diri daripada tindakan tegas pihak berkuasa.

Menurut kenyataan, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut melakukan dua kesalahan iaitu menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh serta tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah.
 
“Alasan pemandu bahawa beliau sedang dalam perjalanan untuk menjual kenderaan berkenaan tidak dapat mengecualikan tindakan mengikut undang-undang.
 
“Sehubungan itu, anggota penguat kuasa mengeluarkan Notis Saman P22 dan menyita kenderaan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum membawanya ke Depoh Sita JPJ Cawangan Sungai Petani untuk tindakan lanjut,” jelasnya.
 
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap mana-mana kenderaan yang gagal mematuhi peraturan jalan raya, tanpa mengira jenis atau nilai kenderaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here