Utama Berita Automotif Honda tarik balik bahan promosi New City Varian E

Honda tarik balik bahan promosi New City Varian E

4

Honda Malaysia hari ini menjelaskan sistem brek belakang bagi model New City varian E menggunakan brek dram, susulan percanggahan maklumat yang tular baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang membangkitkan isu tersebut dan memaklumkan pihaknya telah menghubungi pelanggan berkenaan bagi menyelesaikan perkara itu secara baik.

“Honda Malaysia memberi jaminan sistem brek dram tersebut mematuhi sepenuhnya semua piawaian keselamatan dan kualiti yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, syarikat berkenaan memaklumkan semua bahan pemasaran sedia ada bagi model New City sedang ditarik balik dan bahan yang dikemas kini akan dikeluarkan di semua pusat pengedar sah serta platform dalam talian dengan serta-merta.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here