5 model Porsche paling ringan

1341

Porsche sangat terkenal dengan binaan keretanya yang pantas dengan reka bentuk yang unik. Dalam video ini, Porsche menunjukkan lima model Porsche paling ringan yang pernah mereka bina.

911 Carrera RS 2.7 Sport

911 Carrera RS 2.7 Sport

Mudah untuk mengenal pasti model ini dengan adanya spoiler berbentuk seperti  ekor itik pada bahagian belakang kereta itu. Porsche membina model ini dengan dua varian RS iaitu varian Touring dan Sport. Varian sport dibina dengan lebih ringan sebanyak 100 kilogram (kg) berbanding varian Touring.

Ia lebih ringan kerana menggunakan Recaro Bucket Seats dan hanya menyediakan dua tempat duduk dibahagian hadapan. Porsche cuba gunakan komponen seminimum yang boleh bagi meringankan berat model ini. Berat keseluruhan varian Sport adalah sebanyak 975 kg.



Porsche 906 Carrera 6

Porsche 906 Carrera 6

Model ini digunakan oleh stesen televisyen Jerman untuk merakam perlumbaan kereta. Model dari tahun 1966 ini sangat ringan dan menggunakan badan yang diperbuat daripada gentian kaca.

Kamera diletakkan dibahagian penumpang hadapan bagi merakam pergerakan kereta lumba sewaktu perlumbaan. Ia menggunakan enjin6-silinder yang menghasilkan 210 hp. Secara keseluruhan kereta ini hanya seberat 675kg.

 

Porsche 356 SL

SL yang digunakan pada nama model ini merupakan singkatan kepada perkataan Sport Light. Porsche kemudian mengubah suai model ini menjadi coupe untuk perlumbaan. Ia menggunakan badan diperbuat daripada aluminium dan menggunakan enjin yang menghasilkan 70hp. Berat keseluruhan model ini hanya 640 kg.

Porsche 718 Formel 2

Porsche 718 Formel 2

Model yang dibina antara tahun1959 dan 1960 ini berfungsi sebagai kereta lumba yang diguna dalam litar lumba. Ketinggian kereta ini hanya 90 sentimeter dan menggunakan enjin 6-silinder yang menghasilkan 150hp.

Berat kereta lumba ini hanya 456 kilogram. Enjin yang digunakan mampu memberi kelajuan kepada kereta ini kerana beratnya yang minimum dan memastikan kereta ini meluncur laju di litar lumba.

Porsche  909 Bergspyder

Porsche  909 Bergspyder

Porsche telah membuktikan bahawa kereta mendapat kelebihan di jalan mahupun litar dengan mengurangkan berat keseluruhan jentera. Porsche membina model ini dengan menggunakan bahan yang ringan untuk hasilkan jentera yang paling ringan seboleh mungkin. 

Mereka menggunakan bahan daripada plastik untuk bahagian badan dan menggunakan aluminium sebagai rangka. Jentera ini dilengkapi dengan enjin yang menghasilkan 275 hp dan mencapai kelajuan maksimum 250 kilometer sejam (km/j). Jentera ini merupakan model Porsche paling ringan dengan berat hanya 384 kg.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here