Tips pemanduan sewaktu hujan

2819

Sekarang sudah tiba musim hujan di Malaysia yang melibatkan kebanyakan negeri di Pantai Timur. Disini kami kongsikan tips keselamatan pemanduan sewaktu hujan terutamanya kepada pemandu beroda empat. Hal ini kerana keadaan pemanduan sewaktu hujan tidak sama seperti pemanduan sewaktu cuaca normal. 

  1. Lampu

Pertama sekali anda harus pastikan keadaan semua lampu dalam keadaan baik.  Anda perlu memasang lampu sewaktu hujan untuk memastikan pandangan dihadapan lebih jelas. Ini kerana risiko untuk berlaku kemalangan adalah lebih tinggi disebabkan keadaan jalan yang gelap. Ia juga dapat membantu pemandu lain untuk menyedari kehadiran kenderaan anda .



  1. Kelajuan rendah

Pastikan anda memperlahankan kenderaan kerana sewaktu hujan kerana jalan pada waktu hujan lebih licin. Anda perlu memandu dengan perlahan kerana tahap cengkaman tayar pada jalan lebih rendah apabila jalan dibasahi dengan air hujan.

  1. Jarak selamat

Jaga jarak selamat dengan kenderaan di hadapan dan pastikan anda tidak mengekori rapat kenderaan dihadapan. Ia dapat membantu anda daripada melanggar kereta hadapan sekiranya kereta dihadapan brek secara mengejut. Kemalangan juga mungkin terjadi kerana keadaan jalan yang licin menyebabkan tindak balas perlahan daripada brek untuk menghentikan kenderaan.

  1. Pastikan Cermin tidak berkabus

Seterusnya, anda harus memastikan cermin anda tidak berkabus. Cermin akan berkabus disebabkan perbezaan suhu didalam kenderaan dan suhu luar. Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, anda perlu memasang butang pemanasan kereta atau pasang pengahawa dingin untuk menurunkan suhu dalam kereta.

  1. Elak lopak air

Akhir sekali, ini sangat penting untuk keselamatan pemandu dan juga pengguna jalan raya lain terutamanya penunggang motosikal dan pejalan kaki. Pastikan anda elak lopak air dan sekiranya lopak air tidak dapat dielak, lalui lopak air dengan perlahan. Hal ini perlu dilakukan untuk memastikan tiada kerosakan pada tayar dan rotor.

Selain daripada itu, ia juga penting untuk anda perlahankan kenderaan sewaktu melalui lopak air kerana anda mungkin akan membahayakan nyawa penunggang motosikal. Ini kerana air daripada lopak yang tersembur kepada mereka boleh mengurangkan jarak penglihatan dan mungkin menyebabkan mereka terbabas dari landasan jalan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here