Chevrolet Corvette 1980 empat pintu RM904,194

1095

Pembeli Chevrolet Corvette biasanya tidak mahukan kereta berkeluasan besar yang boleh memuatkan ramai penumpang. Namun ianya berbeza dengan Chevrolet Corvette 1980 empat pintu ini.

Chevrolet Corvette 1980 ini mempunyai kabin yang luas dan boleh memuatkan seorang pemandu dan tiga penumpang.

Chevrolet Corvette 1980 empat pintu yang diubah suai

Motor1 melaporkan bahawa kereta ini merupakan satu daripada enam Corvette yang diubah suai.



Namun kini hanya tinggal dua unit sahaja yang masih boleh digunakan dan dalam keadaan baik.

 empat pintu ini merupakan gabungan dua unit Corvette C3-generation yang dikatakan masih dalam keadaan baik pada waktu itu.

Chevrolet Corvette asal

Ia menggunakan enjin V-8 5.7 liter yang menghasilkan 200hp dan dipadankan dengan transmisi automatik empat-kelajuan.  

Jentera vintaj ini dijual dengan harga $217,000 (RM904,194) di Milpitas, California.

Banyak wang telah dikeluarkan bagi menghasilkan Corvette yang unik dan lain daripada reka bentuk asalnya.

Harga yang diletakkan dikatakan sangat padan dengan ubah suai yang telah dilakukan pada kereta klasik ini.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here