Jaguar tonjol motosikal elektrik pertamanya 

1353

Jaguar Land Rover melalui dana pelaburannya iaitu InMotion Ventures telah membina motosikal elektrik dibawah syarikat naungannya Arc.

Ianya merupakan matlamat utama pembuat kenderaan daripada British itu untuk meningkatkan lagi jumlah penggunaan kenderaan elektrik.

Vector

Sebastian Peck yang merupakan pengerusi InMotion Ventures berkata bahawa kenderaan berkuasa eletrik sangat penting sebagai kenderaan di kawasan urban pada masa hadapan.



Kenderaan ini dapat membantu pengguna untuk pergi ke sesuatu destinasi dengan cepat dan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Arc dimulakan oleh Mark Truman yang merupakan bekas eksekutif Jaquar. Motosikal elektrik pertama daripada Arc yang dinamakan sebagai Vector di tonjolkan pada Selasa lepas di pameran motosikal Milan di Itali.

Vector dilengkapi dengan bingkai monocoque gentian karbon sebagai struktur utamanya. Ia juga dilengkapi dengan swingarm gentian karbon dan material ringan membantu mengurangkan berat keseluruhan Vector.

Ia mampu mencapai 130 hp dan mampu mencapai 97 kilometer sejam (km/j) dalam masa 2.7 saat. Dengan penggunaan yang berbeza, anggaran jarak yang boleh dilalui adalah sejauh 193 km dilebuh raya dan 273 km jika digunakan sekitar bandar.

Antara komponen lain yang menjadi tumpuan pada Vector ialah pada sistem infotainment yang dimilikinya. Sistem itu diletakkan pada topi keledar yang akan memaparkan segala visual pada visor.

Manakala jaketnya pula mempunyai alat yang akan berikan isyarat getaran untuk beri amaran kepada penunggang.

Arc bercadang untuk membina hanya sebanyak 355 unit Vector dan harganya bermula daripada $117,000 (RM 485,737.20).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here