Proton buka pusat pemasangan cermin gelap di Tanjong Malim

183

Proton mengumumkan pembukaan Pusat Aksesori Cermin Gelap Eksklusif di kemudahan Tanjung Malim dengan kapasiti pemasangan 5,000 kenderaan sebulan.

Pemasangan cermin gelap keselamatan diperkenalkan sebagai aksesori standard untuk varian Flagship dan Premium Proton X90 yang dilancarkan pada 7 Mei tahun lalu. 



Kemudian diikuti dengan Proton S70 yang diperkenalkan pada November 2023 pada varian Flagship dan Flagship X yang mana cermin gelap keselamatan sebahagian daripada pakej aksesori standard.

Menurut Proton, pilihan tersebut akan ditawarkan pada model lain dalam masa terdekat dalam usaha syarikat memberikan nilai tambahan kepada pelanggan.

“Pusat ini juga bersedia untuk menghadapi sebarang peningkatan volum dalam jangka masa pendek kerana lebih banyak model dalam rangkaian Proton akan ditawarkan dengan cermin gelap sebagai aksesori standard,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah.  

Kelebihan pemasangan cermin gelap pengendalian OEM berbanding selepas pasaran antaranya :

  • Ketepatan dan kemasan yang lebih baik menggunakan cetakan pra-potong
  • Langkah jaminan kualiti yang ketat
  • Pematuhan peraturan JPJ dan pencegahan kerosakan sekunder yang biasanya dikaitkan dengan pemasangan selepas pasaran

Bagi membuktikan komitmen Proton, pelanggan juga boleh menikmati waranti perbatuan tanpa had selama 5 tahun untuk semua perkhidmatan pemasangan cermin gelap.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here