Pengguna kongsi headliner Proton X70 (CBU) ‘melendut’

1523

Pengguna Facebook Hadi Spk berkongsi sekeping gambar di dalam grup Malaysia X70 Community (MYX70COM) yang menunjukkan bahagian ‘headliner’ Proton X70 ‘jatuh’. 

“Akhirnya syiling X70 saya pulak yang jatuh. Nak fix balik kena gi kedai mana ye? Kalau boleh nak area Penang,” tulisnya pada kapsyen gambar. 



Bagaimanapun, foto berkenaan merupakan milik Hisyam Rusli dan dikongsi semula oleh Hadi Spk bagi mendapatkan pandangan daripada pengguna media sosial yang lain. 

Berdasarkan di ruangan komen, difahamkan kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku yang mana ada segelintir pemilik SUV berkenaan turut mengalami nasib sama.

“This is X70 cbu since 2019. Its batch issue produced by Geely factory. (Ini adalah model CBU X70 sejak 2019. Kumpulan yang dikeluarkan kilang Geely),” jawab Hadi Spk di ruangan komen.

Kejadian sedemikian bukan hanya berlaku pada model import (CBU) Proton X70, ada juga dalam kalangan pemilik kenderaan Eropah berkongsi nasib yang sama. 

“Memang penyakit kereta conti, bukan proton jer, VW bersepah kain ni jatuh,” komen Muna Zalina Muhamad.

Bagaimanapun, Proton X70 itu masih di bawah jaminan pengilang. Justeru itu, rata-rata ahli grup meminta pemilik membaiki ‘headliner’ berkenaan di pusat servis Proton.

“Biasanya material macam ni kilang akan gam.. cuaca panas, bila gam x bagus/kuat, then material tu start jatuh,” balas Muhammad Rashid Mujtahid.

APA ITU HEADLINER?

Pelapik bumbung atau ‘headliner’ kereta digunakan bagi menutup siling kenderaan. Ini bagi menyembunyikan logam kosong dengan fabrik lembut yang disepadankan dengan warna kabin.

Headliner juga merupakan penebat haba dan bunyi serta menutup pendawaian dan perkakasan komponen elektrik, antena dan aksesori lain.

Pelapik bumbung biasanya terdiri daripada beberapa lapisan, termasuk bahan buih yang biasanya menggunakan polyurethane.

Buih disembur atau dilekatkan pada papan headliner yang dipasang pada bahagian dalam bumbung. Ini menjadikan siling bumbung lebih lembut apabila disentuh dan melindungi bahagian dalam daripada haba dan bunyi.

Lapisan bawah kain atau vinil biasanya menutupi penebat buih. Kualiti material digunakan adalah berbeza.

Kereta ekonomi menggunakan bahan yang lebih murah dan model mahal menggunakan bahan tenunan atau acah suede yang kadang kala memanjang ke bawah tiang tingkap. Pada sebahagian kenderaan, penebat buih disepadukan ke dalam fabrik.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here