Elak trafik sesak, TikToker kongsi pulang Kelantan ikut Siam

269

Laluan ke arah pantai timur akan mengalami kesesakkan lalu lintas setiap kali menjelang Hari Raya Aidiladha.

Selain merancang waktu perjalanan, ada juga akan menggunakan jalan alternatif bagi mengelak laluan sesak. 

@mrspaus

Trip blk kampung dari Alor Setar, Kedah ke Sungai Golok, Sempadan Kelantan..sempoiii👍 #fypシ #fyp

♬ Dj Balada Boa X Pika Pika Kawenimeri – DJ USUP



Baru-baru ini, pengguna TikTok @mrspaus berkongsi perjalanan pulang dari Alor Setar, Kedah ke Sungai Golok, sempadan Kelantan melalui Imigresen Durian Burung.

“Dari Alor Setar Ke Kelantan lebih kurang 3 jam setengah kalau tidak berenti.. jalan sangat bagus dan lengang.. makananpun sedap-sedap,” tulisnya di ruangan komen.

Rata-rata pengguna sosial turut bersetuju, laluan tersebut lebih lancar dan menjimatkan masa. Cuma ada antara mereka berseloroh kos perjalanan kemungkinan bertambah kerana makanan negara jiran yang enak. 

“Memang dekat balik ikut sini, tapi kos bertambah sikit, sebab jumpa makanan yang sedap-sedap,” balas Azmirul.Azizan.

Selain itu, seorang lagi pengguna TikTok bernama Azraei berkata, “Saya biasa guna 4 hingga 5 tahun yang lepas lagi. Dekat memang dekat tapi letih nak beratur cop pasport 2-3 jam kalau peak season.”

Berikut laluan yang digunakan oleh TikToker tersebut- Alor Setar; Pokok Sena; Kuala Nerang; Kompleks Durian Burung; (Yala, Narathiwat); Imigresen Ban Prakop; Sempadan Sungai Golok, Imigresen Rantau Panjang. 

Berdasarkan carian di peta Google, perjalanan melalui negara Thailand tersebut sejauh kira-kira 291km dengan anggaran masa pemanduan 4-jam. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here