Utama Berita Automotif Larangan cermin gelap elak tertinggal anak, bidang kuasa MOT

Larangan cermin gelap elak tertinggal anak, bidang kuasa MOT

585
Cadangan melaksanakan larangan cermin gelap bagi mengelak kes kecuaian tertinggal kanak-kanak dalam kenderaan persendirian hingga menyebabkan kematian, hanya boleh diputuskan Kementerian Pengangkutan (MOT).
 
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata beliau telah menyuarakan cadangan itu kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
 
 
“Bagi larangan cermin gelap yang dicadangkan orang ramai, itu terpulang pihak berkenaan (MOT) untuk melihat perkara ini yang merupakan satu daripada punca kepada kecuaian.
 
“Saya sebenarnya ada berbincang dengan Menteri Pengangkutan supaya melihat perkara ini sama ada ia perlu diambil tindakan, kerana kita tahu ini merupakan antara punca kepada kecuaian (terhadap kanak-kanak),” katanya.
 
Nancy sebelum ini dilapor berkata kementeriannya sedang mempertimbangkan cadangan untuk melarang penggunaan cermin gelap kenderaan bagi mengelak kematian kanak-kanak yang ditinggalkan di dalam kereta.
 
Cadangan itu, susulan tiga kanak-kanak meninggal dunia dalam tempoh dua bulan, selepas ditinggalkan bersendirian di dalam kenderaan.
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here