Tertinggal 7-jam dalam kereta, kanak-kanak perempuan 2-tahun maut

246

Seorang kanak-kanak perempuan maut akibat tertinggal lebih tujuh jam dalam kereta di kawasan perumahan Ara Damansara, Petaling Jaya pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sebelumnya ibu mangsa kira-kira jam 3.49 petang membuat laporan mendakwa anaknya berumur dua tahun itu  tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

“Siasatan dijalankan mendapati kira-kira jam 7 pagi, wanita tersebut membawa dua anaknya bersama mangsa untuk dihantar ke sekolah berhampiran sebelum menuju ke sebuah tadika untuk menghantar mangsa.



“Bagaimanapun ketika wanita itu tiba di tadika, dia kemudiannya berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa untuk menurunkan mangsa,” katanya.

Bapa mangsa kemudian menghubungi talian kecemasan 999 dan memberikan rawatan awal terhadap mangsa sebelum petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak polis tiba di lokasi kejadian.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh sebelum disahkan meninggal dunia dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

“Setakat ini pihak polis memberi ruang kepada ibu mangsa untuk bertenang dan siasatan lanjut masih dijalankan berkaitan kejadian ini,” katanya. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here