Tol percuma Sabtu dan Ahad sempena Deepavali

169

Sempena perayaan Deepavali, Kerajaan bersetuju memberikan tol percuma kepada pengguna lebuhraya bermula 11 November jam 12.01 pagi hingga 12 November jam 11.59 malam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Januari bersetuju memberikan tol percuma selama dua hari kepada pengguna lebuhraya sempena perayaan Deepavali pada 12 November ini.



“Pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

“Ini selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan,” katanya menerusi kenyataan rasmi. 

Tambah beliau, pemilihan tarikh tersebut bagi mengelak penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar.

Pihaknya menganggarkan jumlah trafik dalam masa dua hari tersebut adalah sebanyak 11.8 juta kenderaan.

“Dengan pelaksanaan tol percuma ini, diharapkan agar pengguna lebuhraya dapat memanfaatkan peluang in selain merancang perjalanan dengan sebaiknya.

“Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan untuk mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan,” tambahnya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here