China rekod pendaftaran kenderaan 2.03 juta pada Oktober, BYD jenama terlaris

165

Pada Oktober lalu, pasaran automotif China merekodkan pendaftaran kenderaan baharu sebanyak 2.033 juta, lapor Persatuan Kenderaan Penumpang China (CPCA). Ia menunjukkan peningkatan 0.7 peratus berbanding September. 

Pasaran menyaksikan pertumbuhan signifikan dalam sektor kenderaan tenaga baharu (NEV) dengan jualan 195,000 unit bagi kereta elektrik (EV) dan 272,000 unit kenderan plug in elektrik (PHEV) dengan jumlah jualan keseluruhan 37.7 peratus.



Sementara, BYD kekal mendahului sebagai jenama terlaris di China pada bulan Oktober dengan jualan 246,389 unit kenderaan mewakili perkongsian pasaran 12.12 peratus. 

BYD mengukuhkan kehadiran dalam segmen NEV China bagi EV dan PHEV. Ia menguasai 27 peratus perkongsian pasaran EV di China dan memperoleh 41 peratus perkongsian pasaran signifikan bagi kategori PHEV pada bulan Oktober. 

Volkswagen kekal di posisi kedua dengan rekod jualan 198,210 unit iaitu 9.75 peratus perkongsian pasaran. Diikuti Toyota dengan jualan 151,003 unit kenderaan (7.43 peratus)

Manakala Honda mengikuti rapat ditangga keempat sebanyak 130,221 unit kenderaan terjual (6.41 peratus). Geely pula di tempat kelima dengan jualan 92,770 unit (4.56 peratus). 

Jualan EV China Oktober

BYD Qin Plus

BYD mengekalkan penguasaan pasaran EV menerusi jualan 133,785 kenderaan dan memperoleh 27.03 peratus perkongsian pasaran.

Wuling menduduki tempat kedua dengan jualan 45,087 unit iaitu 9.11 peratus perkongsian pasaran.

Aion mengikuti di belakang dengan 40,825 unit kenderaan terjual (8.25 peratus), kemudian diikuti Tesla dan Volkswagen melengkapkan senarai lima EV terlaris. 

Selain itu, model kenderaan terlaris pada bulan Oktober didominasi jenama BYD bagi tiga tangga teratas iaitu:

  1. BYD Qin Plus (37,902 unit)
  2. BYD Seagull (37,836 unit)
  3. BYD Song Plus (34,799 unit)
  4. Volkswagen Lavida (31,454 unit)
  5. Nissan Sylphy (31,239 unit)

Tesla mula jual Model 3

Tesla mengemaskini Model 3 yang mana penghantaran bermula beberapa hari awal bulan ini, manakala penghantaran model lama telah lama dihentikan.

Kira-kira 2,000 unit Model 3 dihantar bulan ini. Ini menjadikan jumlah penghantaran kenderaan Tesla untuk bulan itu 28,686 unit, paras terendah sejak Januari 2023.

Ini kerana kebanyakan kapasiti pengeluaran dalam tempoh yang sama tahun lalu dieksport ke luar negara, jualan Tesla di China bulan ini masih meningkat dengan ketara tahun ke tahun.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here