Kumpulan kedua Tesla Model 3 Highland ‘made in China’ sedia dieksport ke Eropah

239

Ribuan unit Tesla Model 3 facelift Highland dikesan sedia untuk dieksport ke Eropah di pelabuhan Shanghai Nangnan.

Sebelumnya, ratusan Model 3 dikesan di parkir kemudahan Giga Shanghai pada awal September.



Sedan elektrik yang juga dikenali dengan nama Model 3 (2024) atau Model 3+ itu dirakam menerusi dron oleh media tempatan China, IT Home.

Model yang dipasang di kemudahan Giga Shanghai itu bukan hanya untuk pasaran lokal bahkan juga bertanggungjawab bagi pasaran eksport global.

Oleh kerana Model 3 baharu sudahpun dijual di Jerman, kilang berkenaan bakal sibuk pada suku keempat tahun ini bagi memenuhi tempahan.

Manakala, Kilang Tesla Fremont masih mengeluarkan versi lama Model 3 dan pengeluaran versi facelift dijangka bermula awal 2024.

Sementara di China, jualan model tersebut bermula bulan lalu dan penghantaran kepada pelanggan pada hujung bulan ini.

Menerusi laman web rasmi, Tesla menyatakan tempoh menunggu mengambil masa sekitar dua bulan. 

Model 3 facelift memiliki panjang 4,720mm, lebar (1,848mm) dan tinggi (1,442mm) dan jarak roda 2,850mm. Ia dipadankan dengan rim 18 atau 19-inci dengan dua varian iaitu: 

RWD (pacuan roda belakang)

  • Bateri 60 kWh (606km)
  • Motor tunggal 194 kW 
  • 0-100kmj (6.1 saat)
  • CNY 259,900  (RM170,187)

AWD (pacuan semua roda)

  • Bateri 78 kWh (713km)
  • Dua motor 331 kW (belakang – 194 kW, depan – 137 kW)
  • 0-100kmj ( 4.4 saat)
  • CNY 295,900 (RM193,760)

Tesla masih belum memulakan penghantaran Model 3 (2024) di China tetapi mendahulukan eksport ke pasaran Eropah yang marginnya jauh lebih tinggi berbanding pasaran EV China yang dilanda perang harga.

Terutamanya pasaran segmen sedan yang ‘padat’ pada harga antara CNY 200,000 hingga CNY 300,000 (RM130,963-RM196,445). 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here