Pakai Mercedes-Benz tapi liat bayar pinjaman Mara

313

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkongsi menerima mesej peminjam institusi itu meminta bantuan agar tidak dikenakan tindakan undang-undang gara-gara tidak membayar pinjaman.

Bagaimanapun, selepas meninjau akaun Facebook peminjam, beliau mendapati peminjam hidup mewah menggunakan Mercedes-Benz namun liat membayar semula pinjaman.

Gambar hiasan

“Dr, saya nak mohon pertimbangan untuk bantu lepaskan tindakan mahkamah Mara terhadap saya. InsyaAllah saya akan mulakan bayar balik pinjaman yang tertunggak. 



“Bila saya lihat di Facebook beliau, nampak kehidupan agak bergaya dan mewah juga dengan berkenderaan mewah Mercedes. Tapi nak bayar balik pinjaman pelajaran liat.

“Inilah antara kepentingan ilmu pengurusan kewangan peribadi dan memahami keutamaan dalam perbelanjaan,” kongsinya di akaun media sosial. 
 
Tambahnya, kebanyakan hutang pinjaman Mara tidak melibatkan bayaran penuh dengan purata 10 hingga 15 peratus daripada nilai sebenar yang bergantung pada keputusan pengajian. 
 
“Harus sentiasa beringat bahwa keutamaan melangsaikan hutang berbanding berbelanja mewah adalah prinsip utama dalam pengurusan kewangan menurut perspektif Islam.
 
“Ini kerana dosa tidak membayar hutang jauh lebih besar sehinggakan Nabi memperingatkan bahawa dosa orang Mati Syahid diampunkan Allah semuanya kecuali hutang,” nasihat beliau.
 
Pada ruangan komen, beliau juga meninggalkan pesanan agar menyelesaikan hutang sekiranya ingin kehidupan mendapat berkat. 
 
“Kena pesan pada kawan-kawan, jangan harap hidup akan berkat jika tanggungjawab asas tidak selesai.
 
“Lebih harus ditakuti jika kita mati tak sempat nak bayar hutang. Nabi pernah menolak untuk solatkan jenazah orang yang diketahuinya tidak membayar hutang,” tulisnya. 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here