#Tips: 9 cara elak tertinggal anak dalam kereta

3209

Malang tidak berbau. Ibu bapa juga seorang manusia kadang kala melakukan kesilapan dan terlupa.

Penjaga boleh mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terlupa membawa anak bersama serta menghindari tertinggal anak di dalam kenderaan. 

tertinggal anak dalam kereta



Oleh itu, para ibu bapa disarankan supaya peka tentang sindrom terlupa bayi ini. Sindrom ini merujuk kepada ibu bapa yang secara tidak sengaja meninggalkan bayi atau anak kecil di dalam kereta yang terkunci. Kejadian ini selalunya berakhir dengan kejadian yang tidak diingini.

Sindrom terlupa bayi ini boleh menjadi sangat berbahaya lebih-lebih lagi kepada bayi yang diam atau sedang nyenyak tidur.

Oleh itu, seorang doktor perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ada berkongsi cara-cara bagi mengelakkan kes ‘terlupa’ anak dalam kereta di laman Facebooknya.

Berikut adalah 9 tips yang dikongsikan oleh doktor berkenaan:

1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu.

tertinggal anak dalam kereta

Di situ adalah titik buta (blindspot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.

2. Amalkan memeriksa setiap ruangan dalam kereta.

tertinggal anak dalam kereta

Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang sebelum mengunci kenderaan anda. Jika belum, anda boleh mula amalkan ini sekarang.

3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak.

tertinggal anak dalam kereta

Apabila letak anak di dalam kerusi kanak-kanak itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda di belakang.

4. Sentiasa letak beg anak di bahagian hadapan.

Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ketiga. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.

5. Letakkan barang penting di belakang bersama anak anda.

Contoh barangan penting seperti beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang. Ini bagi memastikan anda sentiasa menoleh di belakang sebelum keluar dari kereta.

6. Letakkan tag atau label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar.

Ia bertujuan bagi menandakan anak anda ada di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah.

7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda.

Ianya sebagai peringatan, jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan kepada pasangan masing-masing untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.

8. Guna peranti (device) atau aplikasi telefon.

Ia bagi mengingatkan bahawa anak anda di dalam kereta. Contoh aplikasi yang boleh dimuat turun ialah ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety.

Peringatan: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.

9. Guna fungsi Child Reminder di aplikasi Waze

Bagi yang selalu guna aplikasi navigasi Waze, anda boleh pilih untuk hidupkan fungsi Child Reminder (settings>advanced settings>general>child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai di destinasi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here