BMW Malaysia tawar subsidi kerusi kanak-kanak untuk kumpulan B40, dari RM99 sahaja

2081

BMW Malaysia, Safe ‘n Sound dan Childline Foundation telah mengumumkan pelancaran fasa kedua program subsidi kerusi kereta kanak-kanak buat ibu bapa yang tergolong dalam kumpulan pendapatan B40.

Program ini dibelakangi oleh Shopee sebagai rakan e-dagang eksklusif, termasuk rakan-rakan penaung yang lain seperti berikut:



  • KU Duckbill dan Otomo (jenama barangan bayi dan kanak-kanak)
  • Mideer (pengedar permainan dan alat mainan didikan)
  • Ankou (pembekal solusi pengedap stor makanan)
  • Kakimotor (pembekal alat ganti dan aksesori kereta)

Atas sebahagian daripada inisiatif BMW Safety 360°, program subsidi ini telah diperkenalkan pada bulan Disember 2019 bersama Safe ‘n Sound dan Childline Foundation yang telah menyaksikan 150 buah kerusi kereta kanak-kanak ditawarkan pada harga bersubsidi bernilai RM100 seunit.

Inisiatif berkenaan telah meraih lebih daripada 25,000 pendaftaran oleh ibu bapa dalam kumpulan pendapatan B40.

Fasa kedua kali ini akan memberi tumpuan untuk melengkapi para pendaftar yang berbaki daripada fasa pertama. Kali ini, kerusi kereta kanak-kanak yang ditawarkan adalah khas untuk bayi dari julat usia baru lahir hingga berat mereka mencecah 36 kg.

Ia meliputi kerusi kereta bayi snskidz Ace (sesuai dari usia kelahiran hingga berat mencecah 13kg), kerusi kereta kanak-kanak snskidz Sport (sesuai dari usia kelahiran hingga berat mencecah 18kg), serta snskidz Proto (sesuai dari usia 2 tahun hingga berat mencecah 36kg).  Kesemua kerusi kereta kanak-kanak ini juga hadir dengan sijil piawaian ECE R44-04.

Setiap kerusi kereta kanak-kanak snskidz akan ditawarkan dengan amaun subsidi berjumlah RM50, berserta diskaun harga oleh Safe ‘n Sound yang eksklusif bagi para benefisiari program subsidi ini. Snskidz Ace akan ditawarkan dengan subsidi pada harga RM99 (harga asal RM199), manakala snskidz Sport dan snskidz Proto masing-masing akan ditawarkan pada harga RM169 (harga asal RM269) dan RM249 (harga asal RM349).

Benefisiari program subsidi ini akan diberikan baucar Shopee bernilai RM113 yang boleh digunakan ketika membuat pembelian di laman mikro khas ini: https://shopee.com.my/m/bmw-child-safety-seat-subsidy-programme.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here