Harga petrol RON95 dan RON97 naik 7 sen, diesel pula hanya 6 sen bermula 23-29 Mei

1915

Nampaknya harga bahan api naik lagi minggu ini. Semua jenis bahan api iaitu RON95, RON97 dan diesel mengalami kenaikan.

Ini boleh dikatakan minggu kedua berturut-turut harga minyak naik. Pada minggu ini, RON 95 dan RON 97 masing-masing naik 7 sen, manakala diesel meningkat 6 sen. Harga baru itu akan bermula tengah malam ini untuk minggu 23 sehingga 29 Mei.

Pada minggu lalu, RON95 dan RON97 masing-masing mencatatkan kenaikan 6 sen, manakala diesel dengan kenaikan 5 sen untuk minggu 16 Mei hingga 22 Mei 2020.



Harga bahan api akan dijual seperti berikut:

  • RON95: RM1.38 (naik 7 sen)
  • RON97: RM1.68 (naik 7 sen)
  • Diesel: RM1.51 (naik 6 sen)

Sumber: www.kpdnhep.gov.my

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here