Safawi Rasid kongsi gambar kereta Porsche di Instagram, koleksi terbaru?

4552

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid menimbulkan tanda tanya kepada peminatnya apabila memuatnaik gambar di Instagram berdiri di depan sebuah Porsche.

safawi rasid

Safawi mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua peminat dan pengikutnya di Instagram. Namun lebih mencuri tumpuan adalah kereta Porsche bewarna merah yang dipercayai koleksi terbaru miliknya.



Selain ucapan sambutan Aidilfitri, Safawi Rasid juga memberi pesanan kepada semua peminat agar sentiasa menjaga diri masing-masing dan keluarga ketika pandemik Covid-19 masih lagi menular di dalam negara.

“SHRMZB (Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin) #kitajagakita #semogaistiqomah,” kata pemain kelahiran Terengganu berusia 23 tahun itu.

View this post on Instagram

SHRMZB . #kitajagakita #semogaistiqomah

A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29) on

Berdasarkan semakan, kereta itu merupakan Porsche Cayman generasi 987 yang dikeluarkan sekitar 2005 hingga 2012. Pada hemat kami, ianya merupakan varian Cayman S yang dikuasakan enjin 3.4-liter flat-six naturally-aspirated dengan 325hp dan 370Nm tork.

Ia juga dilihat telah dipasang dengan spoiler aftermarket, kit badan lebih sporti dan decal (pelekat) badan. Gambar berkenaan mendapat 93,965 Like semasa artikel ini ditulis.

TMJ komen beri pujian

Turut mencuri tumpuan ialah komen daripada pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di status berkenaan.

“Hebat Anak Terengganu. Sentiasa bersyukur dan kerja keras,” kata Tunku Ismail, diikuti dengan beberapa tanda suka serta komen balas dari beberapa peminat pemain berkenaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here