New York Auto Show 2020 bukan lagi tangguh tetapi dibatalkan terus, dewan pameran dijadikan hospital

1644

Jawatankuasa pameran New York Auto Show 2020 secara rasminya memutuskan untuk membatalkan acara tahunan berkenaan. Sebelum ini, mereka membuat keputusan untuk menangguhkan acara terbabit ke bulan Ogos 2020.

New York Auto Show 2020

Bagaimanapun, pandemik Covid-19 tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda dalam masa yang terdekat.



Bahkan, lokasi New York Auto Show 2020 iaitu Javits Convention Center, New York, Amerika Syarikat dijadikan hospital kecemasan khas untuk wabak yang sedang melanda dunia itu.

Jawatankuasa pameran berkata, New York Auto Show biasanya akan diadakan pada bulan April, dan merupakan platform untuk syarikat pengeluar kenderaan dari seluruh dunia memperkenalkan produk terbaru mereka. Bagaimanapun, lokasi acara iaitu Javits Convention Center kini digunakan sebagai hospital dengan berstatus berjaga-jaga.

Dengan pembatalan itu, New York Auto Show seterusnya akan diadakan pada 2-11 April 2021. Sebelum ini, beberapa siri pameran kereta turut dibatalkan akibat Covid-19.

Hal tersebut menyebabkan beberapa syarikat pengeluar kenderaan melancarkan produk terbaru mereka melalui pelbagai cara.

Mark Schienberg, presiden Greater New York Automobile Dealers Association, sebuah organisasi yang memiliki dan mengendalikan New York Auto Show selama 120 tahun berkata, syarikat pembuat kereta dan jawatankuasa pameran memerlukan “perancangan yang besar” untuk mengadakan sesebuah pameran.

“Kerana ketidakpastian akan bila pandemik ini akan berakhir, kami rasa tidak yakin untuk teruskan pameran pada tahun 2020,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here