Ekzos Ford Mustang GT terlalu bising, jiran sumbat span

2489

Di Amerika Syarikat, jiran kepada seorang pemilik Ford Mustang GT nekad untuk menyumbat ekzos jentera terbabit dengan span kerana tidak selesa dengan bunyi yang terlalu bising.  

Dan ini bukanlah span biasa, tetapi sejenis foam atau busa yang biasa digunakan untuk tujuan pengedap bunyi.

 Ford Mustang GT



Memiliki kenderaan yang menarik dengan bunyi ekzos yang kuat memang menjadi kebanggaan pemilik kereta. Namun harus diingat, yang mendengar bunyi ekzos tersebut bukan hanya anda. Kebanyakan orang tidak suka mendengar bunyi ekzos yang kuat lebih-lebih lagi golongan yang sudah berumur. 

Berdasarkan laman Facebook milik Aaron Robinson, dia memuat naik gambar ekzos keretanya yang dipenuhi dengan span dari Great Stuff. Posting tersebut disertakan dengan surat yang dipercayai ditulis oleh jiran yang marah akan bunyi yang dihasilkan oleh kereta miliknya.

“Akhirnya saya menemui anda! Anda inginkan perhatian kami, anda tidak inginkan perhatian kami. Anda diberi masa 14 hari untuk mengubah ekzos kenderaan anda atau menjadikannya lebih senyap.

“Jangan ganggu kami atau anda akan menyesal. Kami syorkan anda untuk melaporkan kepada pihak polis atau pasang kamera (CCTV), dan semua itu tidak akan berhasil,” tulis surat tersebut.

Bagaimanapun, merosakkan kenderaan orang lain juga adalah salah di sisi undang-undang dan tidak patut dilakukan. Sebaliknya sesetengah orang mungkin akan bersimpati dengan pemilik kereta tersebut.

Ford telah menawarkan Good Neighbor Mode (mod ekzos untuk kawasan kejiranan) pada Mustang GT dengan sistem ekzos prestasi pilihan sejak 2017. 

Jentera yang dilengkapi dengan enjin 5.0-liter V8 yang mampu menghasilkan sehingga 460hp tersebut nampaknya dilengkapi dengan ekzos keluaran selepas jualan (aftermarket)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here