Ubahsuai tanpa kelulusan PBT, kedai permaidani di Nilai 3 diarah bina semula bahu jalan

1449

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengeluarkan notis arahan kepada sebuah kedai permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 untuk membina semula kawasan hijau atau bahu jalan di depan premis kedai tersebut.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata arahan itu dikeluarkan selepas mendapati kedai berkenaan mengubahsuai kawasan tersebut sebagai penghubung ke jalan utama tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan.

“Notis arahan dikeluarkan pada 23 Jun lalu dan kedai permaidani itu diminta membina semula kawasan hijau atau bahu jalan di hadapan premis yang dibuka tanpa kelulusan MBS.



“Sekiranya gagal bertindak sedemikian, perkara ini akan dibawa ke mahkamah tanpa sebarang notis lagi bersesuaian dengan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” katanya dalam kenyataan pada Khamis berhubung video yang tular di media sosial mengenai perkara itu.

Menurut  Sinar Harian, tinjauan pada Khamis mendapati terdapat beberapa pekerja sedang membina semula kawasan hijau dan bahu jalan di situ.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here