Parkir bahu jalan percuma sekitar KL bermula 2 Julai hingga 31 Ogos 2021

1216

Tiada sebarang bayaran akan dikenakan bagi semua tempat letak kereta bahu jalan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula hari ini (2 Julai) sehingga 31 Ogos 2021.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melalui ciapan di akaun Twitter rasminya hari ini.



“Saya bersetuju mulai esok sehingga 31 Ogos, semua tempat letak kereta bahu jalan (road side parking) dalam kawasan Bandaraya Kuala Lumpur adalah percuma. Pengguna tidak perlu bayar apa-apa dan diharap penjimatan itu dapat digunakan untuk membeli barang keperluan keluarga,” ujarnya.

Menurut data Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai 52,603 slot parkir kenderaan setakat Mac 2021.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here