Tesla buka stesen supercharger di Johor

203
Tesla rasmi membuka stesen supercharger yang pertama di Sunway Big Box, Johor.
 
Sempena pembukaan tersebut, pemilik Tesla boleh menikmati kadar caj pada RM0.63/kWj bermula tengah malam 5 hingga 8 Oktober.
 
 
Selepas tempoh tersebut, kadar caj adalah RM1.25/kWj manakala yuran kenderaan melahu (idle) dikenakan RM4.00/minit jika cas penuh 100 peratus.
 

Stesen supercharger tersebut adalah yang kedua di Malaysia selepas pembukaan stesen  Pavillion Kuala Lumpur pada Ogos.

Menurut Tesla Malaysia, stesen di Johor itu terletak di lokasi strategik bagi menghubungkan Malaysia dan Singapura.

“Terdapat empat pengecas sekaligus menyediakan pelbagai pilihan untuk pemilik Tesla.



“Ini membolehkan pemilik Tesla di Malaysia dan Singapura menikmati perjalanan merentas negara dengan pengalaman pengecasan yang pantas dan lancar,” katanya menerusi kenyataan media.

Pengecas supercharger V3 dengan kuasa sehingga 250kW boleh mengecas kenderaan Model Y dalam tempoh 15 minit bagi mencapai 270km. 

Selain itu, kenderaan Tesla Model Y juga dipamerkan di lapangan utama Sunway Big Box, yang mana pelanggan berpeluang merasai sendiri teknologi terkini Tesla serta memahami lebih lanjut tentang pengalaman pengecasan di pameran tersebut.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here