Abang Saga belasah rider dihukum penjara dua bulan dan denda RM2,000

256

Seorang lelaki yang tular di media sosial membelasah seorang penghantar makanan hingga parah gara-gara membunyikan hon, dihukum penjara dua bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, Klang, semalam.

Pekerja bengkel, Mohd Faizul Nazri, 39, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di depan Majistret Siti Zubaidah Mahat.



Tertuduh yang hadir dengan memakai baju T berkolar berwarna ungu akan dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda. 

Ketika memutuskan hukuman berkenaan, Siti Zubaidah menasihati tertuduh supaya tidak bertindak sesuka hati dengan ‘menunjuk’ hebat di jalanan.

“Saya berharap tertuduh mengambil iktibar terhadap kejadian itu, jangan ikut perasaan dan tunjuk hebat di jalan raya.

“Orang buat salah sikit, nak bagi (pukul atau belasah), sudahnya kamu dituduh di mahkamah,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Mohd Faizul didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah kepada seorang lelaki berusia 21 tahun iaitu patah tulang rahang kelapan sebelah kiri.

Kesalahan dilakukan di tepi jalan di depan lampu isyarat Jalan Langat-Klang jam 7.15 petang, Ahad lalu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here