Anthony Loke: Ibu bapa yang ada anak kecil jangan pasang cermin gelap

185

Kementerian Pengangkutan tidak berhasrat mengharamkan cermin gelap kereta hanya kerana ada kes bayi mati disebabkan ibu bapa cuai tertinggal anak mereka.

Menterinya, Anthony Loke berkata, setakat ini pemasangan lapisan gelap tersebut masih lagi dibenarkan di negara ini atas faktor keselamatan dan kesihatan.



“Saya berpendapat bahawa kita tidak boleh larang hanya sebab ada satu masalah timbul maka terus disekat langsung cermin gelap,” katanya.

Mengulas lanjut, Loke berkata lapisan gelap sebenarnya bukan aksesori wajib dan cuma opsyen bagi melindungi mereka yang berdepan risiko keselamatan dan kesihatan.

“Justeru, saya menyarankan ibu bapa yang ada anak kecil agar jangan pasang cermin gelap kerana bimbang mungkin terlupa ditinggalkan dalam kereta bagi tempoh lama,” katanya.

Ketika ini, Kementerian Pengangkutan sudah membenarkan kadar penembusan cahaya maksimum 50 peratus untuk cermin sisi manakala cermin depan pula dibolehkan 70 peratus.

Walau bagaimanapun, pengguna boleh memohon pengecualian khas untuk cermin gelap sepenuhnya dipasang dengan kos mencecah RM5,000 dan untuk tempoh sah dua tahun. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here