Aveta Ranger Max Explorer: Cub kembara pertama di Malaysia dijual bermula RM6,988

867

Aveta Malaysia Sdn Bhd, pengilang, pemasang dan pengeluar motosikal Aveta, melancarkan Ranger Max Explorer, cub kembara pertama di Malaysia.

Direka untuk kegunaan di jalan raya dan di laluan lasak, Aveta Ranger Max Explorer yang versatil dengan gaya retro moden yang unik ini menjanjikan keseronokan dan kepuasan kepada pengembaraan penunggang.

Ranger Max Explorer menampilkan rangka T-bone berganda dengan rekabentuk yang dipatenkan khusus untuk model ini bagi menghasilkan rangka yang ringan dan kukuh bagi kestabilan dan pengendalian yang luar biasa. Motosikal ini bukan sahaja sesuai untuk perjalanan santai di atas jalan, malah mampu meredah laluan sukar ke tempat memancing dan tapak perkhemahan yang terpencil. 



Didatangkan dalam dua warna menarik:

  • Sierra Yellow 
  • Forest Green

Ranger Max Explorer dipasarkan pada harga RM6,988, tidak termasuk insurans dan cukai jalan. 

Motosikal ini turut disertakan dengan jaminan waranti dua tahun atau 20,000 km, mana-mana yang terdahulu dari tarikh pembelian.

Motosikal yang pertama seumpamanya di Malaysia ini menggunakan enjin cekap bahan api 127cc SOHC empat lejang yang menggunakan sistem penyejuk udara dengan output kuasa maksimum 10hp dan tork maksimum 10.5Nm.  

Enjin dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan, kuasa henti jentera ini dibawakan oleh gabungan brek cakera dwi-omboh di hadapan dan brek gelendong di belakang.

Ranger Max Explorer menampilkan rangka T-bone berganda dengan reka bentuk yang dipatenkan khusus bagi menghasilkan rangka yang ringan dan kukuh bagi kestabilan dan pengendalian.

Ia bukan sahaja sesuai untuk di atas jalan, malah mampu meredah laluan sukar ke tempat memancing dan tapak perkhemahan yang terpencil. 

Ranger Max Explorer direka dengan pelbagai ciri dwi-kegunaan. Ia didatangkan dengan hendal yang tinggi, tempat duduk yang rendah pada ketinggian 760 mm, dengan ground clearance 180 mm serta kedudukan footpeg yang diselaraskan sesuai untuk memberikan keselesaan maksimum ketika menunggang sama ada ketika duduk atau berdiri. 

Motosikal yang menerima pengiktiran EEV itu juga dilengkapi dengan tangki minyak yang besar yang memberikan lebih kilometer untuk perjalanan jarak jauh.

Tangki 8.5 liter ini adalah yang pertama seumpamanya dalam kategori motosikal cub. 

Penunggangan juga lebih selesa di laluan yang tidak rata dengan penyerap hentakan yang panjang di hadapan dan jenis gas di belakang.

Gabungan gaya klasik dengan suntikan moden pada Ranger Max Explorer dilengkapi membabitkan:

  • Cermin sisi yang bulat
  • Paparan meter digital LED bulat
  • Lampu belakang bersepadu dengan lampu penunjuk yang unik
  • Rim berbilang jejari
  • Kerangka lasak yang separa terdedah dengan kemasan salutan hitam matte

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan, Aveta Malaysia Steven Lim, Ranger Max Explorer diperkenalkan untuk memenuhi permintaan di pasaran ekoran kejayaan besar moped Ranger 110 yang terjual lebih 10,000 unit sejak pelancarannya pada 2021.

“Walaupun tanpa pemasaran atau promosi yang meluas, kami gembira kerana tidak menyangka Ranger 110 mempunyai begitu ramai peminat di kalangan penunggang motosikal yang mengubah suai moped mereka mengikut keperluan masing-masing,” katanya. 

Motosikal cub kembara Aveta Ranger Max Explorer akan berada di semua wakil pengedar sah Aveta mulai 11 Disember 2023. 

Lima ratus pelanggan pertama akan menerima kemeja-T Ranger Max Explorer yang eksklusif selagi stok masih ada.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here