Ferrari Roma Spider versi bumbung soft-top, harga mula RM3.2 juta

194

Selain Ferrari Purosangue, Ital Auto Sdn Bhd turut mempertontonkan Roma Spider sempena pelancaran bilik pameran Ferrari Ital Auto Malaysia.

Ferrari Roma Spider adalah pengganti kepada model Portofino M. Ia menjadi model soft-top berenjin depan pertama Ferrari sejak model 365 GTS/4 pada 1969.



Bukaan bumbung soft-top itu boleh dibuka 13.5 saat dengan kelajuan pemanduan sehingga 60kmj. Strukturnya yang kompak membuatkan ruang kargo lebih besar mencecah 255 liter.

Ruang kabinnya pula adalah sama dengan Ferrari Roma coupe. Ia membabitkan konsep kokpit berkembar dengan susun atur papan pemuka hampir simetri.

Kokpit pemandu dilengkapi skrin kluster digital 16 inci, serta roda stereng SF90 Stradale dengan butang kawalan sensitif sentuhan yang lebih baik.

Tempat duduk penumpang pula memiliki skrin infotaimen 8.4 inci yang boleh disambung dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Prestasinya, ia menggunakan V8 3.9 liter turbo berkembar yang menghamburkan 620PS dan tork setinggi 760Nm, selain dipadankan transmisi lapan kelajuan F1 DCT.

Ini fakta prestasi untuk Ferrari Roma Spider:

  • Kelajuan maksimum: Lebih 320kmj
  • 0-100kmj: 3.4 saat
  • 0-200kmj: 9.7 saat

Prestasi membrek pula:

  • 100-0kmj: 32 meter
  • 200-00kmj: 130 meter

Harganya, Ferrari Roma Spider dijual bermula dari RM3.2 juta termasuk cukai dan duti pendaftaran. Namun, tidak termasuk opsyen tambahan lain.

Seperti Ferrari Purosangue, model itu ditawarkan jaminan selama tujuh tahun merangkumi pakej penyelenggaraan (setiap 20,000km atau setahun sekali tanpa had perbatuan).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here