Gara-gara cat biru neon, Ferrari senaraihitam Justin Bieber

34236

Justin Bieber disenaraihitam oleh Ferrari kerana menukar warna badan kereta miliknya kepada warna biru neon.

Penyanyi sensasi pop itu diharamkan membeli mahupun memandu supercar berkenaan. Dilaporkan, jenama Itali ikonik itu muak dengan kelakuan buruk Bieber terhadap jenama Ferrari yang melanggar peraturan pemilikan supercar tersebut.



Penyanyi ‘Love Yourself’ itu melanggar peraturan yang ditetapkan dengan mengecat warna baharu pada Ferrari 458 Italia putih tersebut. Ferrari menetapkan peraturan ketat untuk memastikan prestij jenama Itali itu dikekalkan. 

Justin pernah kehilangan supercar tersebut selepas berhibur sepanjang malam di Los Angeles pada 2016 dan juga meletakkan kenderaan itu untuk lelongan amal.

Bahkan pengubahsuaian lain yang dilakukan Bieber adalah pemasangan fender besar yang hodoh dan rim selepas pasaran.

Ferrari menganggap kelakuan sedemikian sebagai penghinaan. Ferrari menetapkan peraturan bahawa pemilik tidak boleh menjual kereta tahun pertama pemilikan dan perlu memaklumkan syarikat supaya mereka memiliki peluang untuk membeli supercar tersebut.

Pengubahsuaian juga tidak dibenarkan. Justin, 28, bukanlah bintang pertama yang melanggar peraturan tersebut. Selebriti lain yang turut menerima nasib sama ialah 50 Cent, Nicholas Cage dan Kim Kardashian. 

Presiden Kelab Pemandu Ferrari terbesar di dunia, Fabio Barone menyokong langkah tersebut demi menjaga prestasi jenama berkenaan.

“Ferrari adalah karya seni, bahawa ia perlu dilindungi,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here