LCW tambah koleksi baharu BMW iX xDrive40 Sport, pemilik pertama di Malaysia?

22602

Datuk Lee Chong Wei bukan hanya popular kerana kelincahannya bermain badminton malah dia juga merupakan peminat kereta berprestasi tinggi.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mantan pemain badminton negara itu menambah satu lagi koleksi baharu iaitu BMW iX xDrive40 Sport.



Difahamkan, Lee Chong Wei merupakan pemilik pertama kenderaan elektrik tersebut di Malaysia.

BMW iX xDrive40 Sport dilengkapi dengan dua buah motor elektrik yang mana satunya diletakkan pada gandar untuk membekalkan pacuan semua roda. Motor elektrik berkenaan menghasilkan kuasa 322hp dan tork 630Nm.

Pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 6.1 saat dengan kelajuan maksimum 200kmj. Sementara, bateri litium ion 76.6kWh diletakkan di lantai antara dua gandar yang menawarkan pemanduan sejauh 425km dengan sekali caj penuh. 

Difahamkan penghantaran SUV tersebut kepada pelanggan bermula pertengahan April lalu. SUV tersebut didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu model pengenalan asas xDrive40 dan xDrive40 SportS.

Harga jualan xDrive40 bermula daripada RM379,800 manakala varian Sport bermula daripada RM425,800. Ansurans bulanan SUV elektrik tersebut dianggarkan sekitar RM4,243.

Menurut TheRakyatPost, pada 2014 Lee Chong Wei pernah mencuri tumpuan apabila membida nombor plat BMW6 pada harga RM97,777. 

Dua tahun sebelumnya, beliau membida RM69,100 bagi nombor plat kereta BLG1 untuk Ferrari F430 miliknya.

Antara kereta mewah yang dimiliki Lee Chong Wei ialah Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe, Ferrari F430, Lamborghini Aviator, Audi R8 dan Bentley Continental GT1.

Kekayaannya bukan sekadar bermain badminton, Lee Chong Wei memiliki perusahaan Chong Wei Binajaya dan mempunyai kompleks sukan bernama Sports Arena Sentosa yang terletak di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Menurut laporan sebelum ini, difahamkan anak jati Pulau Pinang itu memiliki kekayaan sekitar AS16 juta (RM70 juta) yang mana AS1.85 juta (RM8 juta) adalah hasil memenangi hadiah sepanjang kerjaya sebagai pemain badminton negara.

Selain itu, beliau jua merupakan duta beberapa produk termasuk Yonex, Samsung, KDU Educations Group, XOX, syarikat pengeluar kopi, kerusi urut dan pusat peranginan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here