Rekod jualan RM7.4 juta, Khairul Aming masih selesa guna Perodua Bezza, bonet dan ruang kaki luas!,

1482

Bermula dengan membuat kandungan masakan di media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming mengorak langkah sebagai usahawan berjaya.

Dia berkongsi jualan Sambal Nyet mencecah jualan RM7.5 juta dalam tempoh setahun. Walaupun bergelar jutawan, Khairul Aming menerusi akaun Twitternya menyatakan lebih selesa menggunakan Perodua Bezza.

Selama dua tahun berulang-alik balik ke Kelantan, Perodua Bezza memberikan kepuasan kerana memiliki ruang bonet luas untuk meletakkan barang-barang shooting video, ruang kaki penumpang belakang yang luas, serta menjimatkan kos penggunaan minyak.

Jom Baca:   PIF Arab Saudi beli NewCastle United, ini kapal pesiar mega milik bos baharu...

“So far im so happy with my Bezza. Bonet luas, legroom luas, minyak jimat. Selalu guna travel balik kelantan. Barang-barang untuk shootingpun semua muat dalam tu. Ok je jalan jauh.

“Cuma kalau naik bukit semput sikit haha. Dah nak dua tahun guna and overall sangat puas hati. Ativa tak pernah try lg,” tulisnya. 

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Seorang pengguna Twitter Yu mengajukan soalan perbandingan kesesuaian antara Perodua Myvi dan Toyota Yaris.

Khairul Aming memberi pendapat sekiranya gaji bulanan lepas untuk membuat pinjaman dan masih bujang bolehlah memilih Perodua Myvi.

Jom Baca:   UMW Toyota Motor - Jualan terus melonjak pada Mei dengan jualan 7,579 unit

“Spec best cuma harga dia tinggi sikit. Kalau nak jimat, go for Axia or Bezza. Cuma Axia tak banyak ruang sangat. Kalau orang tu bujang and plan nak ada family, Bezza is better sebab boleh jadi family car. Dah tak perlu upgrade nanti sebab space dah luas,” jelasnya. 

Perodua Bezza versi dipertingkat diperkenalkan pada tahun 2020. Perodua menawarkan empat pilihan varian pada harga bermula daripada RM34,000 hingga RM49,000.

Perodua melakukan perubahan pada rupa depan Bezza (2020) menerusi rekabentuk  lampu depan LED lebih tipis dan tajam dengan padanan gril dan bampar baharu. Skirt sisi dwi-tona ditawarkan untuk semua varian. 

Jom Baca:   Ini 4 sebab Perodua Myvi kekal kereta terlaris

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here