Conor McGregor tayang kapal layar Lamborghini berharga RM13 juta di Instagram

8043

Tahun lalu, kami ada mengeluarkan berita tentang peninju ‘bongkak’ Conor McGregor yang membeli sebuah kapal layar Lamborghini berharga sekitar € 3 juta (RM13 juta). 

Walaupun gagal mendapatkan kapal layar Lamborghini tersebut ketika melancong ke Rom pada Oktober 2021, akhirnya McGregor dapat mengambil kapal layar mewah kustom berkenaan dari Monaco selepas tujuh bulan menanti.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Conor McGregor Official (@thenotoriousmma)



Dia berkongsi di laman Instagram: “Hari ini adalah harinya!! Kami rasmi memiliki Lamborghini Sport Yacht serba baharu! Tetapi pertama.. hidangan paling penting pada hari itu.”

Kapal seberat 24 tan dengan panjang 63 kaki itu mampu mencapai kelajuan maksimum 111kmj hasil penggunaan enjin 24.2-liter V-12 dengan kuasa 4000hp.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Conor McGregor Official (@thenotoriousmma)

Bentuk luaran Technomar 63 juga mengambil inspirasi dari rekaan Lamborghini Miura dan Countach dari tahun 1960-an dan 1970-an. Antara ciri istimewa kapal layar itu adalah bilik tidur peribadi dibahagian bawah yang menyediakan ruangan bersantai ketika berlayar di lautan.

Rekaan kokpit yang mewah menarik perhatian yang mana McGregor meletakkan Nombor 12 sebagai penghormatan terhadap perniagaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Conor McGregor Official (@thenotoriousmma)

Dia yang berusia 33 tahun itu diumumkan sebagai atlet terkata dengan nilai kekayaan  £128 juta (RM695 juta) antara 1 Mei 2020 hingga 1 Mei 2021 sekaligus mengalahkan Cristiano Ronaldo.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here