Sebelum jadi bilionair, ini pesawat yang dibeli Elon Musk pada 2012

3115

Pesawat Falcon 900B merupakan jet peribadi dengan enjin Honeywell TFE731-5BR-1C yang dihantar kepada Elon Musk pada 2004. Musk membeli pesawat tersebut sebelum menjadi bilionaire pada 2012.

Sebelum ini, Falcon 900B didaftarkan atas nama beberapa syarikat termasuklah perusahaan MLM Amway berdasarkan rekod pendaftaran pangkalan data atas talian PlaneLogger.



Ini bermakna kebarangkalian Musk membeli jet terpakai dan pesawat Falcon 900B itu didaftarkan di bawah N900SX. menurut pangkalan data PlaneLogger, jet peribadi tersebut kali terakhir digunakan pada 2016. 

Dalam temubual dengan Chris Anderson di Persidangan TED, Musk berkata dia tidak memiliki rumah, kapal layar, atau bercuti.

“Maksud saya, satu pengecualian ialah pesawat, jika saya tidak menggunakan pesawat masa yang ada adalah sedikit untuk bekerja,” jelasnya.

Gulfstream G650ER

Pesawat yang dimaksudkan ialah Gulfstream G650ER yang mana merekodkan penerbangan lebih daripada 241,401km pada 2018. 

Sehingga kini hanya empat jet didaftarkan dengan nama Musk iaitu Gulfstream G650ER (N628TS) dan dua Gulfstream G550 (N272BG dan N502SX) selain Falcon 900B.

Jet peribadi Falcon 900B kali terakhir dikeluarkan pada 2000 dengan jumlah fleet sebanyak 156. Harga pesawat berkenaan sekitar AS26 juta (RM114 juta) ketika penghantaran pertama pada 1985 dan model terpakai dijual pada harga AS5 juta (RM21 juta) beberapa tahun kemudian. 

Walaupun pengeluaran 900B ditamatkan, varian terbaharu 900LX masih dalam pengeluaran. Kos pesawat berkenaan sekitar AS2 juta (RM 8 juta) bagi penerbangan 450 jam setahun.

Walaupun jet itu jauh lebih tua berbanding pesawat popular syarikat lain misalnya Gulfstream G650, reka bentuk Falcon 900 digambarkan sebagai mendahului zamannya.

 

Terutamanya 900B yang menjadi pilihan popular dalam pasaran jet terpakai. Ini kerana penyelenggaraan model tersebut lebih mudah berbanding pesawat lama lain, menurut Business Jet News.

Sementara, susun atur kabin yang tradisional menempatkan dapur kecil, empat tempat duduk eksekutif yang besar dan empat tempat duduk yang lebih kecil.

Lawatan maya 900LX menunjukkan dapur kecil dengan aksen logam dan kayu dan terdapat 24 tingkap. 

Meja kayu diletakkan di sisi pesawat yang mana tempat duduk biasanya menghadap satu sama lain. Skrin boleh laras menyediakan hiburan ketika penerbangan. 

Bahagian belakang jet boleh disesuaikan menjadi kabin peribadi yang mana sofa diubah menjadi katil selain perlengkapan skrin televisyen. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here