Bayi 16 bulan maut tertinggal dalam kereta

204

Seorang bayi perempuan berusia setahun empat bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam kereta di sebuah Universiti Awam (UA) di Kuala Nerus, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 4.30 petang daripada kakitangan pusat kesihatan universiti berkenaan.

“Sebaik menerima laporan, pihak polis ke lokasi kejadian dan mendapati bayi itu sudah meninggal dunia.



“Berdasarkan siasatan awal, bapa bayi berkenaan dikatakan terlupa untuk menghantar anaknya ke pusat asuhan kanak-kanak yang terletak dalam kampus. 

“Mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat dan setakat ini kita masih menyiasat kejadian ini,” katanya.

Abdul Rahim berkata, pihaknya akan mengambil keterangan daripada penjaga bayi bagi melengkapkan siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pihak polis meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menjejaskan emosi keluarga. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here