#TMS 2023 : Nissan pamer Hyper Force Concept, GT-R masa depan?

183

Nissan mendedahkan Hyper Force, sebuah kereta sukan elektrik penuh dengan kuasa 1,341hp.

Walaupun, Nissan mengelak untuk menyatakan model konsep itu memiliki DNA GT-R, anda boleh melihat persamaan produk popular syarikat itu pada Hyper Force.



Ia menampilkan teknologi kawalan pacuan semua roda e-4ORCE, badan lebih ringan dan menggunakan bateri solid. 

Menurut pihak pengeluar, kereta sukan konsep itu bagi menarik peminat sukan pemotoran dan ‘gamer’.

Walaupun Nissan tidak memberikan butiran atau spesifikasi terperinci tentang Hyper Force, jelas kereta itu mendapat manfaat imbangan berat optimum dan pembinaan karbon ringan termasuk roda gentian karbon.

Ia juga menampilkan sepasang mod, GT untuk Grand Touring dan R untuk perlumbaan. 

Presidan dan Ketua Pegawai Eksekutif Nissan, Makoto Uchida berkata kesemua lima model konsep yang dipamerkan pada Pameran Mobiliti Jepun itu merupakan simbol masa depan.

“Menjelmakan semangat pengasas kami untuk berani melakukan apa yang orang lain tidak lakukan.

“EV melambangkan masa depan kami untuk mencipta dunia yang lebih bersih, selamat dan lebih inklusif untuk semua orang tanpa menjejaskan keghairahan dan impian,” katanya.

Hyper Force juga mendapat beberapa ciri super futuristik untuk membezakannya dengan model konsep lain. Itu termasuk aero aktif dalam bentuk kanard, lip depan, spoiler belakang dan lubang fender.

Kabin pula tidak kalah futuristik dengan paparan infotainmen adaptif seolah berada dalam permainan video. Ia dibangunkan dengan kerjasama Gran Turismo Polyphony Digital.

Dalam mod R, kabin menjadi cerah dengan lampu ambien merah, dan panel pada papan pemuka akan bergerak ke arah pemandu memaparkan data perlumbaan yang penting.

Mod GT pula mengubah ambien kabin kepada biru. Pemandu juga boleh mengakses fungsi pendingin hawa, audio dan suspensi.

Apabila kereta diparkir, pemandu boleh menggunakan helmet khas bagi menyertai perlumbaan virtual menggunakan stereng dan pedal kereta. 

Nissan menggabungkan visor rangka dan realiti tambahan dalam kereta untuk menayangkan hantu digital pada litar untuk pemandu cuba mengikuti atau mengalahkan di landasan.

Walaupun Nissan tidak mengatakan model itu sebagai bahasa reka bentuk GT-R generasi seterusnya, namun terdapat beberapa petunjuk ia mungkin mempengaruhi kereta sukan akan datang. 

Pertama, lampu ekor adalah signatur ‘Godzilla’ sejak beberapa generasi. Kedua, lencana berpiksel pada bahagian depan.

Akhirnya, syarikat itu mengakui bahawa reka bentuk itu memberi penghormatan kepada kereta berprestasi tinggi Nissan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here