#TMS 2023 : Honda Prelude kembali sebagai model konsep elektrik

212

Pada Pameran Mobiliti Jepun (TMS) 2023, Honda membangkitkan semula satu nama yang sudah lebih 20 tahun digugurkan dari rangkaian model syarikat Jepun itu.

Bahkan, Honda juga menyatakan versi prototaip itu merupakan kenderaan pengeluaran yang mana merupakan petanda ia tidak lama lagi bakal menjadi model massa seperti mana Acura mencipta semula nama Integra klasik beberapa tahun lalu.



Model konsep Prelude begitu berbeza dengan rekaan tradisional yang dahulu. Walaupun Prelude sebelum ini terkenal dengan gaya coupe dua pintu yang kompak, versi konsep memiliki bentuk lebih besar.

Pada fascia depan bakal mengingatkan anda kepada penampilan kereta baharu Toyota. Kereta itu memiliki sepasang lampu depan tajam yang kemudian disambung pada bar lampu LED yang diposisikan tepat pada hujung bonet di atas tempat nombor plat.

Bahagian bawah bampar disiapkan dalam warna hitam dengan gril mesh dan mempunyai elemen reka bentuk menegak kecil dengan warna biru.

Profil sisinya begitu sinonim dengan nama Prelude yang kemudian dipadankan dengan cermin sisi bersaiz kecil dengan perumah berwarna hitam.

Honda memilih satu set rim hitam berkilat dan angkup brek biru yang meningkatkan aura prestasi. Garis bumbung mengecil ke bahagian belakang yang kemudian dipadankan dengan bar lampu LED penuh, spoiler lip dan bampar hitam berkilat.

Bagaimanapun, Honda Jepun masih belum mendedahkan trenkuasa Prelude tersebut. Honda mendaftarkan nama Prelude 15 Ogos lalu di pangkalan data paten AS USPTO di bawah kategori ‘kenderaan darat, automobil dan bahagian struktur automotif’.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here