Honda daftar paten Prelude, bakal kembali dalam bentuk coupe elektrik?

412

Honda Prelude pernah mengisi segmen coupe kelas pertengahan dan hampir 20 tahun meninggalkan pasaran automotif.

Bagaimanapun, nama itu bakal membuat kemunculan semula apabila Honda mendaftarkan nama Prelude di pangkalan data paten AS USPTO. Ia didaftarkan pada 15 Ogos lalu di bawah kategori ‘kenderaan darat, automobil dan bahagian struktur automotif’.



Honda dan Acura buat masa ini tidak mempunyai model coupe yang mana majoriti rangkaian produk terdiri daripada sedan dan SUV.

Pengenalan semula Prelude akan mengisi jurang tawaran produk dan membawa kepelbagaian dalam pasaran yang didominasi SUV.

Kemunculan Prelude, sama ada sebagai coupe tradisional atau coupe elektrik, akan menjadi penting kerana versi itu semakin jarang ditemui di pasaran.

Tumpuan industri pada SUV dan crossover menyebabkan kekurangan pilihan coupe, dan kemunculan semula Prelude akan menjadi perubahan yang segar untuk pengguna.

Adakah Prelude bakal membuat kemunculan semula dalam bentuk EV. Honda masih belum mengesahkan atau menafikan secara rasmi bahawa Prelude dalam perjalanan membuat kemunculan semula. 

Sudah lebih 20 tahun sejak Prelude terakhir digugurkan dari rangkaian Honda. Generasi kelima coupe itu dikeluarkan dari 1996 hingga 2001 menerusi enjin empat silinder DOHC VTEC 2.2 liter (200hp).

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here