Utama Berita Automotif Honda buka Cub House pertama di Jepun, lokasi kedua selepas Thailand

Honda buka Cub House pertama di Jepun, lokasi kedua selepas Thailand

8

Honda secara rasmi membuka Cub House yang pertama di Jepun, sebuah ruang yang bukan sekadar menjual motosikal semata-mata. 

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebagai lubuk gaya hidup untuk kebanyakan peminat motosikal dua roda. 

Cub House yang pertama sebenarnya mula diperkenalkan di Thailand pada tahun 2018, di mana “Cub” merujuk kepada singkata Culture, Unique dan Bikes. 

Cub House Jepun dibuka pada 25 April lalu di Toda City, Saitama yang memberi fokus kepada model Honda kecil (125 cc ke bawah). 

Antara tarikan utama termasuklah pameran komponen dan motosikal kustom seperti Monkey 125, CT125 Hunter Cub dan Dax 125, jualan barangan cenderahati eksklusif serta ruang pit terbuka untuk melihat proses pemasangan komponen kustom secara langsung. 

Pembukaan Cub House yang pertama ini disifatkan sebagai fasa percubaan, di mana Honda akan memperluas lagi lokasi Cub House di seluruh Jepun menjelang musim luruh tahun ini. 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here