Utama Berita Automotif Benda Napoleon Bob 250, Morbidelli C252V mendarat di pasaran Jepun

Benda Napoleon Bob 250, Morbidelli C252V mendarat di pasaran Jepun

6

Pasaran Jepun menerima kehadiran dua buah cruiser daripada jenama China, iaitu Benda Napoleon Bob 250 dan Morbidelli C252V.

Menurut laporan Young Machine JP, kumpulan pertama yang diperuntukkan sudah pun habis terjual dan pembeli perlu menunggu kumpulan kedua yang bakal tiba Julai nanti.

Benda Napoleon Bob 250

Benda Napoleon Bob 250 dikuasakan oleh enjin v-twin 249 cc sejukan cecair menghasilkan kuasa 26.2 PS pada 9,000 rpm dan daya kilas 25 Nm pada 5,000 rpm.

Cruiser ini didatangkan dengan tetapan fork retro dengan penyerap hentak berkembar di depan, diikuti penyerap hentak berkembar yang dipasang rendah pada bahagian belakang.

Ia menawarkan tempat duduk serendah 750 mm, dan hadir dengan ciri keselamatan seperti kawalan cengkaman (TCS), dan ABS dua-saluran.

Jentera ini dijual pada harga 935,000 yen (RM23,469).

Morbidelli C252V

Menyertai kehadiran Benda Napoleon Bob 250 ialah Morbidelli C252V.

Ia turut dipacu enjin v-twin 249 cc menghasilkan 25.8 PS pada 9,000 rpm dan daya kilas 25 Nm pada 5,500 rpm.

Cruiser Morbidelli ini menggunakan tetapan suspensi fork terbalik (USD) 37 mm dan penyerap hentak berkembar di belakang dengan larasan 5-tahap.

Ciri keselamatan pula termasuklah ABS dua-saluran serta kawalan cengkaman (TCS).

Morbidelli C252V dijual pada harga 896,000 yen (RM22,490).

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here