Utama Berita Automotif NISMO Nick umum projek bumbung t-top kustom untuk Nissan Z

NISMO Nick umum projek bumbung t-top kustom untuk Nissan Z

6

Bumbung jenis T-Top pernah menjadi identiti wajib bagi kereta sports Nissan, terutama Nissan Z era 80-an dan 90-an.

Kini, seorang peminat Nissan yang bernama Nick Scherr atau lebih dikenali sebagai NISMO Nick mengumumkan projek T-top kustom untuk Nissan Z generasi terkini. 

Jelas Nick, matlamat asalnya bukanlah sekadar untuk memotong bumbung, akan tetapi mahukan hasil akhir kelihatan seperti sesuatu yang Nissan sendiri boleh keluarkan dari kilang. 

Idea ini mengimbau kereta Z klasik yang pernah hadir dengan ciri bumbung T-top. 

Antara cabaran terbesar Nick adalah memastikan struktur tersebut kedap air termasuklah pada cermin depan, tingkap sisi, bahagian belakang dan sambungan panel T-top kepada T-bar tengah. 

Keperluan penebat bagi struktur bumbung ini juga sebenarnya jauh lebih kompleks berbanding bumbung targa biasa. 

Antara isu lain ialah bunyi bising angin yang memerlukan ketepatan pemasangan panel dan getah penebat. 

Nick juga sedang menilai untuk memasang sistem beg udara tirai sisi pada Z ini. 

Selain Z T-top, Nick turut membina versi moden Murano CrossCabriolet dan Juke Convertible. 

Jelas Nick, “Ada orang dalam Nissan yang sukakan idea T-top Z saya. Saya tahu ada perkara yang saya bina telah mempengaruhi Nissan.”

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here