Era enjin turbo kecil, ini 4 enjin 1.0 turbo yang mungkin hadir ke Malaysia

4358

Seperti di Eropah dan rantau-rantau lain, Asia Tenggara juga telah mula mengadaptasi piawaian pelepasan yang semakin tinggi. Thailand misalnya telahpun menguatkuasakan piawaian yang ketat. China juga mungkin mengikut kemudian, seperti dilihat mereka mula mengeluarkan enjin-enjin turbo bersaiz kecil seperti 1.0-liter untuk memasuki pasaran seperti Asia Tenggara.

Untuk itu, mari kita lihatkan barisan enjin 1.0-liter turbo yang mungkin memasuki pasaran Malaysia.

  1. Ford 1.0L Ecoboost



Enjin ini boleh dikatakan sebagai pelopor konfigurasi 1.0-liter turbo dan ia bakal menjadi enjin pertama seumpamanya diperkenalkan di China.

Enjin yang telah memenangi pelbagai anugerah Engine of the Year ini juga mungkin hadir di Malaysia untuk model Fiesta generasi terkini yang telah berada di beberapa pasaran seperti di Eropah.

Enjin 1.0-liter turbo 3-silinder ini menghasilkan 110PS/170Nm dan 125PS/200Nm, bergantung kepada versinya. Ia cukup berkuasa untuk memacu kenderaan segmen-B hinggalah segmen-D.

  1. Geely 1.0L turbo

Pada masa ini, enjin 1.0-liter turbo ini telahpun muncul di beberapa model Geely, dan ada peluang cerah ianya akan turut memacu model Proton di masa akan datang.

Outputnya juga cukup baik, dengan 136PS dan 205Nm tork, yang boleh dibandingkan dengan output enjin 1.8-liter naturally-aspirated.

Bayangkan enjin ini dengan talaan handling Proton. Hmm lazat ni..

  1. Toyota 1KR-DET

Ya, nampak macam kenal, bukan? Betul, kerana enjin 1KR-DE ialah unit yang berada di dalam hud Perodua Axia. Dan 1KR-DET ini ialah versi turbo.

Ia telahpun muncul di beberapa model Toyota dan Daihatsu, termasuklah Subaru. Enjin 1KR-DET ini mempunyai ciri menjimatkan bahan api dan mengurangkan kadar pelepasan karbon.

Tetapi, ia tetap cukup berkuasa, pada 98PS dan 140Nm tork. Bakal hadir dalam model Perodua?

  1. Honda 1.0 VTEC Turbo

Enjin ini telah disahkan untuk ditawarkan pada model City di Thailand, dengan output sebanyak 122PS dan 200Nm tork. Dari segi penjimatan, ia lebih baik dari 1.5 VTEC Turbo dengan kecekapan sehingga 23.3km/liter.

Mungkinkah City di negara kita juga akan mendapat enjin ini?

Enjin dengan konfigurasi 1.0-liter turbo bukanlah sesuatu yang baru, malah beberapa model lazim juga sudah mendapat enjin sebegini.

Suzuki Swift 1.0 Boosterjet

Antaranya adalah Hyundai 1.0L Kappa, Volkswagen 1.0 TSI dan Suzuki 1.0L Boosterjet. Adakah enjin-enjin ini juga akan hadir di Malaysia?

Untuk Hyundai, ia masih perlu berusaha menangani persepsi masyarakat Malaysia tentang jenama Korea. Volkswagen pula belum dapat dipastikan strateginya. Dan untuk Suzuki, tiada tanda ia akan kembali ke Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here