Ford Mustang Mach-E adalah kereta elektrik pertama Ford, sebuah Mustang sebenar?

2312

Ford telah melancarkan Ford Mustang Mach-E yang berkuasa elektrik pada acara mewah di Los Angeles. Jentera ini boleh bergerak sejauh 595km dengan cas penuh dan jarak cas semula  sejauh 92km dalam masa 10 minit dengan caj kuasa tinggi.

Terdapat butang di tempat pemegang pintu dan ruang simpanan di bawah bonet hadapan. Jentera ini berupaya mempercepat dari 0-100km/h dalam masa kurang dari lima saat.



Sebagai perbandingan, Tesla Model X 100D boleh melakukan 0-100km/h dalam 4.4 saat. Seperti Tesla, Ford Mustang Mach-E mempunyai skrin sentuh 15.5in (40cm) bersebelahan dengan stereng.

Harga jentera ini bermula diantara £44,000 (RM237,137) hingga £58,000 (RM312,590).

Amanda Stretton, editor permotoran di laman web confused.com berkata “banyak harapan” mengenainya.

“Perkara yang menarik ialah mereka telah memutuskan untuk menggunakan nama Mustang kepada kereta ini, kerana sudah tentu nama itu sinonim dengan muscle car Amerika, dengan enjin V8 yang besar … namun mereka mengambil aspek prestasi nama itu dan meletakkan ia kepada kereta elektrik ini, “katanya kepada BBC News.

Awal tahun ini, Ford mengumumkan rancangan untuk menutup enam kilang pembuatannya di Eropah menjelang akhir tahun 2020.

Stuart Rowley, presiden Ford of Europe, berkata masa depan syarikat itu “berada dalam aspek elektrifikasi”.

Dengan jarak sekurang-kurangnya 418km, dan banyak kuasa, kereta baru ini akan memberi saingan kepada model dari Tesla, Jaguar, Audi dan Mercedes.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here