Hafizh Syahrin Abdullah ucapkan selamat tinggal

1608

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah ucapkan selamat tinggal untuk kelas perdana MotoGP selepas meraih satu mata berharga pada pusingan terakhir di Grand Prix (GP) Valencia semalam.

Hafizh Syahrin Abdullah ucapkan selamat tinggal dan meminta maaf kepada pasukan dan penyokong kerana tidak dapat mempamerkan aksi terbaik musim ini sebelum kembali ke Moto2 bersama pasukan Angel Nieto musim depan.



“Cabaran 2019 sudah berakhir. Saya minta maaf kepada pasukan dan krew kerana mereka sangat bekerja keras. Namun untuk saya, agak sukar mendapatkan rentak terbaik dan kekal konsisten berbanding pada tahun pertama di MotoGP.

 

“Saya sudah melakukan yang terbaik. Perlumbaan terakhir ini saya berasakan sangat perlahan tetapi apapun satu mata sudah cukup baik berbanding tidak mengutip sebarang mata,” katanya.

Hafizh yang menamatkan perlumbaan kelmarin di kedudukan ke-15 juga mengucapkan terima kasih kepada prinsipal pasukan, Herve Poncharal yang memberi peluang kepadanya selama dua tahun untuk beraksi di kelas perdana itu.

“Ini sebahagian daripada perjalanan karier saya. Poncharal meningkatkan pengalaman dan keyakinan saya. Selamat berjaya kepada seluruh pasukan dan saya akan merindui keluarga ini,” katanya. Hafizh mengutip sembilan mata selepas berakhir kesemua 19 pusingan MotoGP musim ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here