Proton X30 dilakar, SUV segmen-B dengan saiz Iriz?

9310

Sejak bekerjasama dengan Geely, Proton telah mempunyai satu model hasil kerjasama itu, iaitu SUV X70. Dengan khabar bahawa tahun depan bakal menerima kehadiran X50, ia sebenarnya masih belum cukup dengan perkembangan hangat segmen ini.

Baru-baru ini, pakar rendering Theophilus Chin telah melakar Proton X30 berdasarkan Geely Vision X3. Mungkinkah ia menjadi model SUV kompak Proton?



Geely Vision X3 (Yuanjing X3) ialah model SUV kompak yang bersaiz 4,005mm panjang, 1,760mm lebar, dan mempunyai jarak roda 2,480mm.

Dengan saiz seperti Proton Iriz dan Perodua Myvi, ia sangat ideal untuk pengguna di bandar-bandar besar seperti di Lembah Klang yang padat dan sesak.

Geely X3 dipacu oleh enjin 1.5-liter naturally-aspirated dengan kuasa 109PS dan tork 142Nm, juga sangat pada dengan segmen Myvi dan Iriz. Transmisi pula ialah CVT.

Di China, model ini diberikan kelengkapan yang agak baik, mempunyai nilai baik untuk wang, dan mendapat teknologi yang canggih. Cuma, ia kini sudah agak berusia.

Namun Perodua bakal memperkenalkan SUV bersaiz Myvi pada tahun depan, jadi mungkinkah Proton juga patut mempertaruhkan X30?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here