Suzuki akan kembali ke Malaysia?

2067

Pemilik Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan dikatakan akan membawa masuk semula Suzuki, sebuah jenama kereta yang menarik diri dari pasaran Malaysia lebih tiga tahun lepas.

Di dijangka terbang ke Jepun awal bulan depan untuk menandatangani perjanjian pengedaran dengan Suzuki Motor Corp, menurut sumber.

Suzuki Swift Sport. Imej: Car And Driver

Pengerusi Suzuki, Osamu Suzuki dijangka menyaksikan upacara tandatangan di ibupejabat syarikat itu di Hamamatsu, sebuah bandar terletak di barat Shizuoka dan kira-kira 260km dari Tokyo.



Kali terakhir Suzuki diwakili di Malaysia adalah oleh DRB-HICOM melalui kerjasama dengan Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd.

Suzuki Jimny. Imej: Motor1.com

Sementara itu, motosikal Suzuki kekal di Malaysia, walaupun jualannya menurun selepas jenama Jepun itu menutup kilang pemasangannya di Prai, Pulau Pinang.

Tan telah memilik francais Mazda melalui Bermaz Auto Bhd. Kumpulan itu turut memiliki HR Owen, pengedar kenderaan mewah di United Kingdom.

HR Owen jugaa mempunyai sejarah panjang dalan jualan kenderaan mewah seperti Aston Martin, Audi, BMW/MINI, Bentley, Bugatti, Ferrari, Lamborghini, Lotus, Maserati, Pagani dan Rolls-Royce.

Selain automotif, kumpulan Berjaya juga memiliki francais Starbuck’s, Wendy’s, Kenny Rogers Roasters, Krispy Kreme, 7-Eleven dan Borders.

Dengan ini, mungkin harapan kita untuk melihat Suzuki Swift Sport dan Suzuki Jimny dijual secara rasmi akan menjadi kenyataan!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here