Suzuki Jimny kelihatan agresif dengan sentuhan Liberty Walk

2009

Suzuki Jimny adalah sebuah jentera pacuan empat roda yang lasak dan mempunyai sejarah mengagumkan dalam pengeluarannya. Jika dilihat pada rekaannya, ia sememangnya agak membosankan dengan bentuk berkotak-kotak.

Bagaimanapun berbeza pula dengan jentera yang menerima sentuhan penala terkenal daripada Jepun menerusi Liberty Walk.

Generasi baharu Suzuki Jimny dengan talaan Liberty Walk membuatkan jentera pacuan empat roda kompak ini benar-benar bergaya seakan-akan model Mercedes-Benz G-Class.



Apa yang kami faham, memang pun Liberty Walk menjadikan Mercedes-Benz G-Class sebagai inspirasi untuk  kit badan bagi jentera jenama Jepun itu.

Lihat pada bahagian hadapan, Suzuki Jimny dipadankan bampar seakan-akan model G-Class yang mana corong udara berpetak dan menggunakan lampu siang LED.

Sebagai tambahan, bampar itu juga dipadankan kit badan hitam, manakala cangkut perak turut dipadankan.

Penala Jepun yang sebelum ini terkenal dengan hasil kerja bagi model Lamborghini dan Nissan GT-R menghasilkan bonet seperti G-Class.

Seperti biasa, jentera ini dilebarkan dengan padanan aksesori pada depan sisi dengan diletak pemijak kaki serta di bahagian bumbung. Dilengkapi lampu kabus supaya tampak agresif.

Pengasas Liberty Walk, Wataru Kato menunjukkan imej jentera itu dalam laman sosialnya menerusi Instagram dan mengumumkan tempahan sudah dibuka.

Harganya tidak diumumkan, tetapi kit badan itu sudah pasti bernilai ribuan ringgi.

Suzuki Motor Corporation adalah syarikat multinasional Jepun yang beribu pejabat di Minami-ku, Hamamatsu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here