Kawasaki Charity Ride – Temerloh

1894

Kehadiran teman-teman memberi semangat dan mendoakan agar penyakit saya segera sembuh sudah cukup memberi kekuatan dan semangat untuk saya bertahan dengan izin Allah,dalam nada perlahan Saharuddin Sulaiman membisikan kepada “Motoqar“yang berkesempatan menziarahi beliau bersama Konvoi Kawasaki Owner Grup.

Keadaannya sekarang semakin lemah sehingga membataskan pergerakan.”Motoqar”  di maklumkan kanser usus yang dihadapi beliau kritikal dan di tahap 4. Saharuddin yang juga seorang bikers yang dulunya aktif  bersama grup kawasaki terpaksa melupakan hasrat akibat penyakit Kanser Usus. Yang ditanggung semenjak 2 tahun lepas hinggalah sekarang.



kawasaki

Sumbangan wang tunai sebanyak RM3,500  hasil kutipan derma dari bikers yang hadir serta sumbangan peribadi dari Presiden Iron Tiger Lady Bikers Kuching. Disampaikan oleh wakil KOG En Ahmad Radhi Abd Rahman. Kawasaki Charity Ride Ke Temerloh.  Melibatkan 120 buah motosikal dibawah penganjuran Kawasakii Owner Grup(KOG).

Sebanyak RM 5,000 sebulan diperlukan oleh Saharuddin bagi menampung kos perubatan.Ini termasuk kimoterapi dan ubat-ubatan.”Motoqar” berharap jika ada grup atau kumpulan bikers yang ingin menziarahi atau menyumbang kepada Saharuddin Sulaiman boleh berhubung dengan En Ahmad Radhi dari Kawasaki Malaysia.

kawasaki

kawasaki
Kawasakii pada mulanya menghasilkan motosikal di bawah nama Meguro, setelah membeli pengeluar motosikal yang sakit, Meguro Manufacturing dengan siapa mereka telah berkerjasama. Ini akhirnya menjadi Kawasakii Motor Sales. Beberapa motosikal awal memaparkan lambang dengan “Kawasakii Aircraft” pada tangki bahan api.

Pada tahun 1962, jurutera Kawasakii sedang membangunkan enjin empat lejang untuk kereta kecil. Kemudian beberapa jurutera dipindahkan ke kilang Meguro untuk bekerja di Meguro K1 dan SG, satu silinder 250 cc OHV. Pada tahun 1963, Kawasaki dan Meguro bergabung untuk membentuk Kawasaki Motorcycle Co., Ltd. Motosikal Kawasaki dari 1962 hingga 1967 menggunakan lambang yang boleh digambarkan sebagai bendera dalam sayap.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here