Nissan Z Heritage Edition adalah ‘throwback’ kepada Datsun 240Z

178

Untuk model tahun 2024, Nissan mengemaskini barisan Z untuk pasaran Amerika Syarikat dengan model edisi terhad yang dikenali sebagai Z Heritage Edition.

Tampil dengan elemen-elemen eksklusif, model ini dihasilkan sevagau satu tanda penghormatan kepada kereta sport pertama dalam siri Z iaitu Datsun 240Z yang diperkenalkan 55 tahun lalu.



Ia dibina berasaskan varian Z Performance dan boleh dibezakan menerusi warna New Sight Orange yang eksklusif, jalur hitam berkembar pada bahagian bumbung, bonet dan sisi, serta bukaan gril terpisah.

Selain itu, penampilan sporty jentera ini diserlahkan lagi menerusi rim aloi berukuran 19 inci dengan rekaan retro, dapra lebih lebar pada bahagian depan dan belakang, serta tulisan ‘Heritage Edition’ di sekeliling logo Z pada bahagian belakang.

Memandangkan ia berasaskan varian Z Performance, model ini boleh didapati dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik sembilan kelajuan, dipadankan dengan ‘nadi’ twin-turbo 3.0 liter V6 yang menghasilkan 400 hp dan 475 Nm.

Kelengkapan standard lain yang turut disertakan termasuk limited-slip differential mekanikal pada gandar belakang dan sistem brek Nissan Performance dengan angkup merah.

Nissan tidak menyatakan berapa unit Z Heritage Edition akan dibina namun syarikat itu memberitahu yang ia akan dikeluarkan dalam jumlah yang terhad dan untuk model tahun 2024 sahaja.

Di Amerika Syarikat, model itu dijual pada harga bermula dari $59,135 (RM277,089).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here