Doktor dan anak cedera parah dirempuh SUV dipandu remaja

652

Seorang doktor dan anak lelakinya cedera parah selepas kereta dinaiki dirempuh sebuah SUV dipandu remaja lelaki di Bulatan Jalan Persiaran Seri Impian, Kluang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pada 4.10 petang itu melibatkan mangsa warga Indonesia, Agung Nugroho Darmawan, 40, dan anaknya, Said Hassan berusia empat tahun yang menaiki Perodua Bezza.



“Siasatan awal mendapati ketika kejadian SUV datang dari Bandar Kluang menghala ke Taman Seri Impian.

“Ketika sampai di tempat kejadian, SUV itu memasuki bulatan dan tiba-tiba Perodua Bezza pula keluar dari simpang sebelah kiri dan dilanggar oleh SUV itu,” katanya.

Menurut beliau, pemandu SUV seorang pelajar sekolah menengah dan memiliki lesen memandu sah.

“Agung Nugroho Darmawan cedera di kepala, patah tulang rusuk dan bahagian dalaman badan manakala anaknya, Said Hassan parah di kepala.

“Agung Nugroho kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang, manakala anaknya dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here